Pengikut

Tinggalkan Email Anda Di Sini!

»

Kepentingan kad warranty ( Warranty Card )

[ 30.1.12 | ]

image

Ada beberapa sahabat saya mengadu dan nak buat aduan ke tribunal pengguna dek kerana pihak penjual dan pengeluar menolak permohonan mereka untuk membaiki kerosakan yang terdapat pada alat perkakasan elektrik yang baru dibeli.(Kosnya ialah tidak perlu bayar sekiranya masih dalam jaminan). Kononnya dalam perjanjian jual beli dan seperti yang tercatat dalam kad waranti, jaminan adalah setahun untuk alat yang diguna selepas jualan.

 

Tetapi kata pihak dealer, pihak pengeluar produk terbabit menolak untuk membaiki kerosakan yang ada pada barangan yang dibeli. Kenapa jadi begitu pulak.

Hmm.. alasan yang diberi ialah kerana pihak pembeli tidak menghantar kad waranti yang menyatakan tentang jaminan, serta butiran-butiran yang perlu  diisi oleh pihak pembeli, contohnya alamat rumah dan nombor yang boleh dihubungi oleh pihak pengedar..

 

Kenapa mesti hantar? Bukankah jika masih ada dalam jaminan (waranty), pengguna berhak untuk tidak membayar kos kerosakan, atau paling tidak, perkakasan alat elektrik tu dipulangkan semula?

Pusing-pusing kat sini.. sebenarnya kad waranti tu.. bila dah beli alat perkakasan apa pun, perlu dihantar kepada pihak penjual atau pun terus ke pengedar bagi menjamin sekiranya ada apa-apa yang berlaku pada alat tersebut, maka dengan segeranya mereka akan bertindak… macam terus repair atau pun menggantikannya kepada yang baru.. Bukan semua syarikat perkakas yang tidak memperduliakn aduan pengguna.. tetapi kalau kad waranti tidak dihantar, mereka tak mahu bertindak…!!!

Nasihat saya, walaupun anda beli mancis pun, tapi ada waranti letter, hantar je waranti letter tu.. baca dulu apa yang terkandung dalam surat perjanjian.


Baca seterusnya...
, , , »

Tidak sesuai untuk ke pantai sebelah timur

[ 29.1.12 | ]

image

Pantai Sepat, Kuantan, Pahang :  Walaupun tengok macam tenang, tetapi ombaknya bergelora dan sudah mengorbankan ramai nyawa akibat lemas.

Kebetulan ketika saya saekeluarga tinggal di Kuantan, kami menyewa homestay di Kampung Kempadang, Kuantan di mana sebenarnya kampung  ini berdekatan dengan pantai. Cuaca ketika 3 hari kami berada di Kuantan amat baik sekali. Kononnya nak pergi ke pantai, nak tinjau juga kalau ramai orang di pantai Kempadang tu… tapi menurut penduduk sekitar kampung ni, kalau nak ke pantai setakat nak mandi, dia orang ni cakap mandi dekat rumah lagi baik..

Kenapa dia orang cakap macam tu arr……!!!!

“Pantai di Kedampang ni sebenarnya bersambung dengan Pantai Sepat. Kalau nak mandi Pantai Sepat adalah yang sesuai kerana ramai yang ke sana. Tapi pantainya agak landai. Awak tengok ombak yang sampai kat pantai tu, ombak tu agak laju dan tinggi. Kalau mandi dekat tepi nun.. confirm ombak tu tarik anak awak ke tengah!!!” kata En. Raisudin, salah seorang penduduk yang saya baru kenal di Kempadang.

Dakwaan En Rasuidin tu ada benarnya. Bila tengok ombak di persisir Kempadang ni, ombaknya pun boleh tahan tinggi. Yang sedang menolak perahu pun dekat 4 orang untuk 1 perahu ( nak pergi tangkap ikan bagi mencari rezeki, kerja pun nelayan )

Saya membatalkan hasrat untuk ke Pantai Sepat… Kesimpulannya, buat masa ini tidak sesuai untuk ke pantai. Kalau nak juga pergi le ke sebelah barat macam pantai Port Dickson atau pun Pantai Kukup. Tapi tak sangka juga ketika saya berada di pantai Kempadang, di Pantai Sepat sahaja sudah 3 nyawa melayang kerana lemas.


Baca seterusnya...
, , , , »

Berjalan ke Bukit Gambang Water Park

[ 28.1.12 | ]

IMG_5503

Pada cuti Tahun Baru Cina yang lalu dan pada tarikh yang lebih spesifik iaitu pada 23hb Jan 2012, saya sekeluarga bersama dengan abang ipar sekeluarga berkesempatan untuk mengunjungi salah sebuah tempat taman tema air yang boleh dikatakan tersohor le jugak di Pahang.
Kami sekeluarga tiba di Bukit Gambang Water Park pada pukul 9:45 pagi. Sebelum benar-benar tiba di tempat letak kereta, kami terpaksa ‘beratur panjang’ kerana banyaknya kereta yang hendak masuk ke sana.


Baca seterusnya...
»

Harga sate sekarang!

[ 13.1.12 | ]

image

Kalau dalam 25 tahun yang lalu ketika zaman saya masih bersekolah, sate dikira makanan yang kurang popular di sekitar tempat saya tinggal. Ketika itu tidak banyak sate yang dijual di tepi jalan seperti sekarang ni…
Pada masa tu, saya masih ingat untuk membeli sate hanya perlu duduk kat rumah sahaja. Kenapa? Sebab masa tu penjualan sate adalah dari rumah ke rumah.


Baca seterusnya...