Cari sahaja di sini

Memuatkan ...

Google+

Home »

Kenapa anjing haram bagi Islam?


image
Anjing merupakan seekor haiwan yang haram bagi agama Islam yang kita anuti. Walau bagaimanapun, tidak ramai yang mengetahui atau untuk mengambil tahu kenapa anjing tidak boleh dipelihara sesuka hati  dan disentuh (ketika kulitnya basah kerana air) seperti yang ternaktub di dalam hukum-hukum ibadat agama Islam.

Sabda Rasullah S.A.W yang bermaksud:, Apabila anjing meminum air atau (menjilat) pada bekas air kepunyaan salah seorang di antara kamu, maka hendaklah bekas air itu dibasuh sebanyak tujuh kali (menyamak) salah satunya dengan tanah. (Riwayat Muslim)

Maksud hadis di atas ialah jika seekor anjing menjilat bekas-bekas air kita, bekas-bekas air itu perlu dibasuh 7 kali dengan salah satunya dengan tanah. Memang kena samak. Air liur kepunyaan anjing mempunyai berbagai-bagai kuman yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia. Sebab itu Allah SWT berfirman supaya semua tapak-tapak atau bekas-bekas yang terkena air liur anjing perlu dibasuh dan disamak.

Jika air liur anjing pun anda kena samak. Apatah lagi jika anda memegang atau menyentuh anjing? Anjing jika disentuh kulit dan bulunya ketika basah, dikuatiri kita akan dijangkiti penyakit sama seperti air liur anjing.
Penyakit apa yang dibawa oleh anjing? Penyakit yang paling terkenal dari bawaan anjing ialah penyakit anjing gila yang disebabkan oleh virus rabies yang boleh didapati melalui air liur anjing. Apabila anda menerima kesan gigitan anjing, virus yang masuk melalui air liur anjing tadi akan menyerap masuk menyerang sistem saraf badan kita. Dengan rosaknya sistem saraf, maka badan anda tidak akan berfungsi dengan sebaik-baiknya, terutama dari segi fungsi neuromotor.

Islam tidak mengada-ngadakan hukum kerana anjing sememangnya bahaya dari segi kesihatan. Sebab itu bila anjing disentuh dalam keadaan kulitnya basah, kita wajib membersihkan diri dengan 7 kali basuhan dengan salah satunya ialah menggunakan tanah (samak)

Apa yang mengecewakan, terdapat pandangan masyarakat melayu kelas atasan (tidak tahu sama ada tahu akan hukum atau tidak ) yang membela anjing dan suka-suka hati memegang anjing. Lagi teruk, membiarkan anak-anak mereka dijilat anjing kononnya untuk kemesraan sesama makhluk. Alahai…….