Cari sahaja di sini

Memuatkan ...

Google+

Home »

Nak beli kereta baru….!!!

 

Semalam saya dan isteri ada le singgah ke beberapa buah kereta terpakai di sekitar pekan Masai untuk ‘survey’ kereta-kereta terpakai ni… Ada 3 buah kedai kereta yang saya sempat singgah untuk bertanyakan tentang kereta-kereta terpakai.

 

Antara model-model kereta yang paling banyak dijual di kedai kereta terpakai ni adalah Proton Waja, Proton Wira, Kancil, MyVi dan tidak lupa juga kepada Avanza, Honda Accord (jenis lama punye…) Honda City, NAZA Citra, NAZA Ria dan Chevrolet

 

Dipendekkan cerita, isteri saya berkenan pada kereta Honda. Tetapi bila sampai di kedai, nampak sahaja AVANZA, hmm pe lagi, tengok AVANZA je…

Harga AVANZA yang ditawarkan ialah RM46K untuk model AVANZA tahun 2006, Auto Transmission cc 1.3.

Harga AVANZA pada tahun 2005, Auto Transmission cc 1.5 pula ditawarkan pada harga RM43K

 

Saya propose kereta model tempatan, tapi isteri tak mau… Nak tengok kereta import  jugak…!!!

Manager kedai kereta ada memberikan pendapat terhadap beberapa jenis model kereta yang bermasalah. Di antaranya:-

 

1.) HONDA CITY Auto : Gear box problem. Kebanyakan kereta model ini mempunyai masalah pertukaran gear yang agak lembab.

 

2.) PROTON WAJA : Masalah power window dan juga masalah maintanance

 

3.) Semua jenis kereta NAZA : Compsumption penggunaan minyak yang agak tidak jimat. Tidak sesuai untuk yang dah bekeluarga.

 

So apa jenis kereta yang nak beli ni….? AVANZA pun bukannya boleh bawa laju-laju, sebab kalau bawa laju confirm belakang dah macam bumping je.. (goyang goyang)

Maka saya terpikat le pula pada Toyota VIOS. Toyota Camry pun saya minat, tapi besar sangat. duit pun nak kena besar.

 

Toyota VIOS tahun 2004 ditawar pada harga RM45k, tahun 2006 ada RM56k. Tapi ada deposit sikit nak kena bagi..

Akhirnya, saya dan isteri pulang tanpa membeli apa-apa pun kereta… Dah nama pun nak survey dulu.