Cari sahaja di sini

Memuatkan ...
Home »

Bila le Boboiboy nak keluar episod baru?

image

Sejak disiarkan di TV3 sejak Mac yang lalu, Boboiboy iaitu siri animasi 3D sentuhan Nizam Razak ni baru sahaja mencecah 4 episod. Selepas 4 episod yang terdahulu, siri animasi ternitan Animonsta ni disiarkan semula di TV3 sebanyak 3 kali kalau tak silap. Dan kini siri animasi Boboiboy ni sudah pun berada di pasaran dalam bentuk DVD sebanyak 4 episod, dijual dalam bentuk original atau pun dicetak rompak menggunakan Youtube. bagi yang terlepas atau pun tidak puas menonton Boboiboy, tengok kat Youtube pun boleh…

 

Cuma ramai orang yang tertanya-tanya juga, bila Boboiboy akan keluar dengan episod yang baru? Masa launch dulu kata ada 12 episod semuanya?

 

Semua orang faham yang siri animasi ni lebih susah daripada filem, tetapi Nizam Razak dan kawan-kawannya sudah menunjukkan kebolehannya. Cuba tengok hasil buah tangan Nizam Razak sebelum ni bersama Les Copaque menerusi siri animasi Upin dan Ipin dulu…  Sambutan terhadap legasi Upin dan Ipin hasil buah tangan Nizam Razak ni amat membanggakan. Walaupun hampir semua yang pernah terlibat dalam siri ini sudah pun meninggalkan Les Copaque, tetapi Upin dan Ipin menjadi fenomena sehingga kini,

 

Mungkinkah Boboiboy juga akan menjadi sehebat siri animasi Upin dan Ipin? Itu kena tunggu episod baru nanti.. Tak tau bila le nak keluar episod baru Boboiboy ni…?

Google+