Cari sahaja di sini

Memuatkan ...

Google+

Home » , , , ,

Mari berjalan ke Sungkai, Perak

imageimage

Beberapa hari yang lepas, ada le sorang kawan ni, berasal dari Perak berbual dengan saya tentang projek-projek ynag akan datang, tapi itu semua projek dia lah.. Saya tak berapa nak terbabit sangat. Nama dia Azni, berasal dari Ipoh.
Sedang-sedang berbual tu, Azni mengajak saya datang ke Sungkai, Perak. Katanya di tempat itu ada Hotspring kepunyaan Felda, tinggal di Homestay yang ala-ala kampung gitu, atau boleh juga ke Sungkai Spring Villa Plantation.
Mulanya saya ni agak keberatan juga, al maklum le Perak dengan Johor tu bukannya dekat. Mau bawak kereta ke sana je dah dekat 5 ke 6 jam juga… Saya nyatakan pada Azni saya akan ke sana bila ada kelapangan.

Biasanya saya suka membuat research dahulu, nak tau apa yang ada kat Sungkai tu sebab memang tak pernah sampai di sana. Research saya ialah berdasarkan kepada carian enjin internet seperti google, bing dan yahoo!, tidak lupa juga kepada beberapa orang penulis blog yang akan diberi kredit dari saya.
Nak tau apa yang saya dapat tentang Sungkai… tapi bagi yang duduk di Sungkai sendiri, jangan marah ya.. sebab ini adalah bersandarkan pada informasi dari internet semata-mata dari penulisan blog serta dari sumber-sumber yang lain.

1.) Sungkai sebenarnya adalah sebuah pekan kecil, terletak di antara Bidor dan Slim River, akitiviti perniagaannya tidak sebesar dua bandar yang lain. Pendek kata, pekan Sungkai ni sebenarnya kurang membangun dan kurang juga aktiviti perniagaan yang dijalankan. Senang cerita, pekannya kecil. Tak sehebat namanya…
imageimage

2.) Antara kedai makan yang paling popular di Sungkai ialah kedai makan Choy Kee, tapi tidak halal. Saya pun sebenarnya tidak ada info tentang kedai-kedai makan yanng ada di sekitar pekan Sungkai ni…
Kalau ada, anda tolong bagitau. Boleh le nanti bagi info dan promosi sekali, pasal ramai yang tak tahu kedai makan apa yang bagus di Sungkai ni…

3.) Tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Sungkai. Hmm kalau nak harapkan pekan Sungkai ni, rasanya tak ada… tetapi kita boleh cuba pergi ke Sungai Klah ( Felda Residence Hotspring) yang jaraknya lebih kurang 40km dari pekan Sungkai. Di sini terdapat beberapa kolam air panas yang boleh dicuba oleh para pelawat dan pengunjung di sini.

image

4.) Ladang Ternakan Rusa Sungkai (Sungkai Deer Farm). Sebuah lagi tempat yang boleh dilawati bagi mereka yang tidak kenal apa tu rusa.. Kalau nak berkenalan dengan rusa yang jinak-jinak, boleh singgah di sini. Terletak di kawasan Kampung Manderang dan ladang ini diuruskan oleh Jabatan Hidupan Haiwan Liar negeri Perak. Menarik rusa rusa ni kalau dimakan dagingnya…

image
Selepas melayari beberapa blog yang ada kata kekunci berkenaan dengan Sungkai sendiri adalah agak mengecewakan saya. Mungkin tiadanya blogger yang berasal dari Sungkai, yang boleh memberi panduan kepada kita tentang pekan Sungkai ni

Dan pada pendapat saya juga lah kan, pekan Sungkai ni sepatutnya boleh dibangunkan lagi memandangkan transit untuk ke Sungkai ni agak senang juga, turun aje ke exit 128, dah pun sampai (Highway PLUS). Dan banyak kawasan-kawasan Felda di sekeliling seperti Felda Trolak Utara, Trolak selatan, Besout 1 sampai 5 dan Felda Sungai Klah. Juga terdapat beberapa taman perumahan yang dah lama wujud di sini. Cuma pekannya aje yang kesian sangat.

Saya bercadang untuk ke Sungai Klah, bagi melihat sendiri rupa air panas yang direka khas oleh pengurusan Felda Hotsprings Sg Klah.

Tetapi sebelum itu, saya mesti research lagi tentang Hotel-hotel atau Homestay yang boleh ditempah di kawasan Sungkai ni.. Saya akan continue menulis tentang lawatan saya ke Sungkai melalui internet dahulu..

OK.. See you all my friend!

Nota : Kredit diberi untuk…
1.) http://www.peraktoday.com/
2.) http:///merahsilu.blogspot.com
3.) http://langgas.blogspot.com/
4.) http://aniemz.blogspot.com/
5.) http://nukerude.blogspot.com

Kredit diberi kerana maklumat untuk pekan Sungkai serta gambar yang diletakkan di dalam artikel ini. Sila lawati mereka sekali dan berilah sokongan kepada blogger2 Malaysia.