Cari sahaja di sini

Memuatkan ...

Google+

Home » , , , , , ,

Sungkai Homestay! Kira boooleh le…..

image

Jika anda berkira-kira untuk menjenguk ke pekan Sungkai atau pun jika bercita-cita untuk pergi ke kolam air panas Sg Klah yang terkenal di sekitar Sungkai ni,apa kata jika kita mengenali beberapa tempat penginapan yang anda boleh consider untuk menginap sehari dua.Lebih bagus juga kerana kalau nak ke Kolam Air Panas Sg Klah , tak puas kalau 2 atau 3 hari.. Seminggu? melampau sangat le pulak kan?


Bergantung kepada sebanyak mana bajet dan kemampuan anda, tinggal di Homestay untuk 1 atau 2 malam adalah yang terbaik, terutamanya bagi mereka yang membawa keluarga yang besar  ( dalam jumlah 6 hingga 10 orang ).

Mari kita singgah sebentar ke homestay-homestay yang saya tulis khas untuk anda.

1.) AMAN HOMESTAY ( http://amanhomestay.blogspot.com )
image
Aman Homestay terletak di lokasi Feldajaya Trolak, berdekatan dengan Sungkai serta pekan Trolak.
Pakej yang ditawarkan oleh Aman Homestay:-

PAKEJ 1. - Served 1 master room + 2bathroom + Hall + Dining + Kitchen. : 4 orang dEWASA MAX. RM200.
PAKEJ 2. - Served 2 room + 2bathroom + Hall + Dining + Kitchen. : 7 orang DEWASA MAX. RM250.
PAKEJ 3. - Served 3 room + 2bathroom + Hall + Dining + Kitchen. : 10 orang DEWASA MAX. RM300.
PAKEJ 4. - Served 4 room + 2bathroom + Hall + Dining + Kitchen. : 13 orang DEWASA MAX. RM350.

Jika ada lebihan orang dewasa, caj RM10 / seorang akan dikenakan ke atas lebihan orang tadi.
Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dikenakan apa-apa caj.

Aman Homestay juga ada menyatakan statement seperti berikut:-

1- Check-in Jam 2 Petang, Check-out Jam 12 tghari.
2- BOOKING/deposit awal digalakkan nilai kecil je RM50 semalam. Pembatalan sblm 7 hari akan dipulangkan 50%.
3- Duit deposit dikembalikan jika tiada sebarang masalah setelah cek-out.
4- Dilarang membawa masuk haiwan peliharaan spt anjing, kucing dll.
5- Dilarang membawa masuk barangan tidak halal disisi Islam seperti arak dan khinzir.
6- Buat macam rumah sendiri. Jaga Kelengkapan rumah dengan cermat. Kemas Dapur/bilik tidor/keseluruhan seperti sediaada.
7- Dilarang menjemput tetamu tanpa kebenaran. Hanya anda & yg dinyatakan sahaja tetamu saya. tetamu yang lebih akan di kenakan bayaran.
8- Dilarang mencuri, mengambil & merosakkan kelengkapan di Aman homestay. Setiap Kerosakan akan dikenakan surcaj, kecurian akan dilaporkan kepada pihak berkuasa.
9- Offpeak tariff rate & Peak tariff rate akan di ambil kira. Pakej diatas boleh berubah mengikut keadaan sebenar di Aman homestay dgn persetujuan bersama.

Biasa le kan, kat hotel pun ada undang-undangnya juga.. Aman Homestay saya syorkan bagi mereka yang membawa ahli keluarga yang ramai. Siap boleh menyewa 2 dan 3 lot rumah.

Gambar-gambar Aman Homestay.
imageimage

imageimage


imageimage

imageimage

Jika anda  berminat menjadikan Aman Homestay sebagai tempat anda menginap, sila hubungi Hidayat 012-338 6464 (jgn sms) email : yatechi@yahoo. com
Segala maklumat berkenaan dengan Aman Homestay, anda boleh pergi ke laman sesawang Aman Homestay di http://amanhomestay.blogspot.com

2.) SERI HOMESTAY (http://sungkaihomestay.blogspot.com)

image
Juga terletak di Feldajaya Trolak, beralamat di no 24, Persiaran Meranti 2 dan terletak di tepi bukit.

Pakej yang ditawarkan oleh Seri Homestay:-
PAKEJ 1 - Served 1 room + 2bathroom + Hall + Dining + Kitchen.
DEWASA : 4 org maksimum, KANAK2: 5 org RM 170


PAKEJ 2. PAKEJ 2- Served 2 room + 2bathroom + Hall + Dining + Kitchen.
DEWASA : 7 org maksimum, KANAK2: 8 org RM 220



PAKEJ 3. PAKEJ 3- Served 3 room + 2bathroom + Hall + Dining + Kitchen.
DEWASA : 10 org maksimum, KANAK2: 11 org RM 270

PAKEJ 4. - Served 4 room + 2bathroom + Hall + Dining + Kitchen.
DEWASA : 13 org maksimum, KANAK2: 14 org RM 320
# Dewasa atas 12 tahun :
# Kanak-kanak bawah 12 tahun

Terma dan Syarat di Seri Homestay :-
1- Check-in Jam 2 Petang, Check-out Jam 12 tghari.
2- Booking /deposit RM50 sehari. Pembatalan sblm 7 hari akan dipulangkan 50%.
3- Duit deposit dikembalikan jika tiada sebarang masalah setelah cek-out.
4- Dilarang membawa masuk haiwan peliharaan spt anjing, kucing dll.
5- Dilarang membawa masuk barangan tidak halal disisi Islam seperti arak dan khinzir.
6- Buat macam rumah sendiri. Jaga Kelengkapan rumah dengan cermat. Kemas dapur/bilik tidur/keseluruhan seperti sedia ada.
7-Dilarang menjemput tetamu tanpa kebenaran. Tetamu yang lebih akan dikenakan bayaran.
8-Dilarang mencuri, mengambil & merosakkan kelengkapan di Seri homestay.Setiap Kerosakan akan dikenakan surcaj, kecurian akan dilaporkan kepada pihak berkuasa.
9- Offpeak tariff rate & Peak tariff rate akan di ambil kira. Pakej diatas boleh berubah mengikut keadaan sebenar di Seri homestay dgn persetujuan bersama.

Mungkin pakej Seri Homestay lebih menarik. Jika anda berminat untuk tinggal sementara di bawah bukit, Seri Homestay adalah calon yang terbaik.

Galeri gambar Seri Homestay:-
imageimage
imageimage
imageimageimageimage


Untuk menempah Seri Homestay ni, anda kena menepah dengan tuan tanahnya, En Sariman
Sila pergi ke laman sesawang Seri Homestay untuk maklumat lebih lanjut tentang pakej dan kemudahan yang ditawarkan oleh Seri Homestay.
Laman web : http://sungkaihomestay.blogspot.com

3.) MAYA HOMESTAY (http://mayahomestaytrolak.blogspot.com)
image
Satu lagi homestay yang terkenal di Feldajaya Trolak bercirikan hotel 4 bintang.
Di blog Maya Homestay, tidak dinyatakan secara terperinci tentang harga sewaan, hanya cukup dengan rate di antara RM180 hingga RM350 bergantung kepada jumlah orang yang datang.
Mempunyai 4 bilik tidur, 2 bilik air, dapur, ruang tamu, serta halaman yang luas untuk parking,BBQ atau majlis keluarga..
Dilengkapi dgn astro,perabot dan pelbagai kemudahan asas lain..Terbuka kepada MUSLIM sahaja..

Jika anda mahu menempah melalui Maya Homestay (jika Aman Homestay dan Seri Homestay penuh), anda boleh menghubungi En.Mohamed, owner kepada tuan tanah ni di nombor 010-4299368 / 019-5104616. Sila layari http://mayahomestaytrolak.blogspot.com untuk maklumat lanjut.

Galeri Maya Homestay
imageimage


imageimageimage

4. ) HOMESTAY IMPIANA (http://impianahomestay.blogspot.com/)

image
Amat mengecewakan saya kerana blog mereka tiada apa yang menarik melainkan gambar yang dijadikan banner. Saya rasa ia hanya rumah biasa sahaja tetapi mana tau kalau dalamannya menarik. Blog mereka kosong!!!  Tiada gambar yang menunjukkan keadaan dalaman homestay ini. Jika tiada satu pun homestay yang kosong di Feldajaya Trolak tadi, Homestay Impiana mungkin memenuhi hajat anda untuk bermalam sehari dua.
Homestay Impiana terletak di alamat berikut:-

367 PSN PERMAI JAYA 9
TAMAN PERMAI JAYA
35600 SUNGKAI
PERAK DARUL RIDZUAN
TEL:05-4321189/019-6316813
Email : impianahomestay@yahoo.com.my
Website:http://impianahomestay.blogspot.com

Kemudahan yang disediakan oleh Homestay Impiana seperti yang diiklankan.

RUMAH TERES DUA TINGKAT
BILIK 1 รข€“ SATU KATIL DOUBLE , ALMARI PAKAIAN DAN KIPAS SILING
BILIK 2 - DUA KATIL SINGLE , ALMARI PAKAIAN DAN KIPAS SILING
BILIK 3 - DUA KATIL SINGLE , ALMARI PAKAIAN DAN KIPAS SILING
2 BILIK AIR
KUSYEN
IRON, CEREK , PINGGAN , MANGKUK. CAWAN, TV DAN ASTRO
KADAR SEWA : RM200

5.) HOMESTAY FELDA SG KLAH
Jika anda berasakan Feldajaya Trolak dan Sungkai agak jauh untuk pergi ke Kolam ai panas Sg Klah, saya syorkan yang anda pergi terus ke Felda Sg Klah, so lagi dekat dengan kolam air panas bila nak pergi nanti.
Pakej 1 : 2 hari 1 malam ( minimum 20 pax) => RM150
Pakej 2 : 3 hari 2 malam (minimum 20 pax) => RM240

Untuk menempah, anda perlu menghubungi :-
En. Zainun Bin Suffian
Tel: +605-438 6869/+605-538 7167
Fax: +605-438 7167

Galeri Homestay Sg Klah

imageimage
imageimage

Jika ada homestay berdekatan yang tidak saya nyatakan di sini, sila bagitau saya.. mana tau saya boleh updatekan post yang seterusnya untuk Homestay yang  berdekatan dengan Sungkai, Trolak dan Sg Klah..

Kepada mereka yang bercadang untuk ke Sg Klah, jangan lupa booking homestay awal-awal.