Memuatkan ...
Home » , , ,

Kerjaya sebagai “Fitter”, cabaran bagi orang-orang muda

image

Sejak akhir-akhir ini, peluang kerjaya dan bekerja dengan syarikat fabrication ( dalam bahasa melayu Fabrikasi atau pun pembuatan pemasangan ) semakin mendapat permintaan pesat di sekitar tempat saya tinggal ni. Nak tahu kenapa? Sejak adanya projek besar Petronas dan MMHE (melalui anak syarikatnya MMHE) maka berkoyan-koyan le kontraktor yang bercita-cita tinggi untuk mendapatkan kontrak MMHE yang bernilai jutaan ringgit.

 

Sebelum itu, saya lupa nak cerita yang MMHE (Malaysian Marine Heavy Engineering) dulunya dikenali sebagai Malaysian Shipyard Engineering (MSE) mendapat banyak bidaan untuk membina dan membaiki kapal, menyebabkan MMHE mesti bagi sub projek kepada kontraktor-kontraktor yang berminat. Maka kontraktor, selepas mendapat kontrak yang diidamkan mereka mesti menyiapkan projek tersebut dalam jangkamasa yang telah ditetapkan oleh pihak MMHE.

 

MMHE meletakkan syarat, antaranya kontraktor mesti le mempunyai kapital (modal berbayar) serta pekerja. Peralatan pun sendiri. Antara pekerja yang wajib ada ialah Fitter!

 

Siapa sebenarnya Fitter dan apa kerja yang fitter ni buat?

 

Bergantung pada projek apa yang mereka dapat dan sesuai dengan namanya, Fitter ditugaskan untuk memasang! (dah nama pun fitter) tapi pasang apa arr….!!! Kalau dalam bidang fabrication ni, fitter ni sebenarnya bukan sahaja kena memasang skru, tetapi fitter kena memasang nuts, kadang-kadang kalau pandai welding, kerja welder pun kena buat. Kadang-kadang testing (untuk mengetahui sama ada saluran paip ada bocor ke tidak ) pun nak kena buat. Tapi kebiasaannya fitter lebih kepada pemasangan.

 

 image

Sebagai ringkasannya, tugas Fitter (bergantung pada industri mana anda masuk ) adalah:-

 

a.) Melakukan kerja-kerja pemasangan dan pengukuran.

b.) Banyak bermain pada mesin-mesin industri yang berbahaya dan bergantung pada industri mana yang anda masuk misalnya kalau Oil & Gas, banyak bermain dengan pipe fitting, main dengan nuts selebar perut dan bermain dengan alat perlindungan diri (PPE)

c.) Melakukan penyelenggaraan berkala. Jika ada alat fitter yang rosak atau benda yang anda pasang tadi tu dah rosak, biasanya fitter yang kena buat kerja tu…

d.) Bukannya suka hati jadi fitter, kalau yang tak berpengalaman, kena belajar dari bawah dahulu. Kena belajar cara memegang spanar dengan betul. Perlu juga tahu menggunakan peralatan dan mesin yang ditetapkan.

e.) Kelulusan minima untuk menjadi fitter ialah SPM

 

Bercerita pasal gaji arr.. purata fitter yang dibayar oleh subcon MMHE bergantung pada sumber kewangan subcon tu sendiri. Kalau subcon tu joli katak… confirm gaji pun tak berapa besar. Maksimum boleh pergi ke RM3500 kalau anda betul-betul seorang yang berpengalaman, mahir menggunakan tools, tahu serba sedikit tentang safety dan sebagainya. Di tempat kejiranan saya, kebanyakan yang bekerja sebagai fitter bekerja dengan subcon MMHE atau pun dengan projek Sime Darby.

 

Jika anda seorang fitter, lepas balik dari kerja dan sampai di rumah, sila le pergi mandi dan pakaina kerja tu terus masuk washing machine. Amat di larang sama sekali memeluk bini sebab bau besi yang amat kuat…