Memuatkan ...
Home » , ,

Kerjaya sebagai Boilerman

image

Ramai yang diluar sana, terutamanya adik-adik yang telah keluar daripada kepompong universiti sedang mula rancak untuk mencari kerja. Sedang nak cari kerja tu, apa katanya kalau anda boleh consider untuk mendalami kerjaya sebagai seorang BOILERMAN.

 

BOILERMAN atau dalam bahasa melayunya Juru Dandang bekerja untuk mengendalikan sebuah jentera yang bernama DANDANG atau pun kalau Bahasa Inggeris, lebih terkenal dengan nama Boiler. Sebelum itu, jika anda mahu bekerja sebagai Juru Dandang ni, perkara pertama yang anda nak kena tahu ialah berkenaan dengan Boiler tu sendiri. Anda perlu khatam berkenaan dengan fungsi boiler, jenis apa Boiler itu, (sama ada Boiler Stim, Fuel Boiler, FBC Boiler, Stoker Boiler), dan apa industri yang terlibat yang menggunakan boiler. Contohnya kilang membuat tepung, membuat makanan, memanaskan chemical dan membuat semikonduktor.

Boiler umpama jantung dan nadi kepada sesebuah industri yang memerlukannya dan Boiler harus diurus selia dan dijaga oleh penjaga boiler atau nama mudahnya BOILERMAN. Kerja sebagai Boilerman bukannya mudah. Boilerman yang menguruskan sesebuah boiler  biasanya akan didaftar ke JKKP ( Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia). Kiranya mana-mana industri yang menggunakan boiler, nama Boilerman turut direkodkan ke JKKP oleh safety officer ataupun pihak majikan sendiri. Boiler itu sendiri pun kena didaftarkan ke JKKP sebagai pihak yang melakukan pemeriksaan.

 

Hanya Boilerman yang boleh memastikan perjalanan sistem boiler dan menyelenggara boiler ( tetapi biasanya panggil Konsultan yang buat). Tetapi Boilerman sendiri perlu memastikan dia sendiri bekerja dalam keadaan selamat sebab Boiler ni kalau silap setting, boleh meletup satu kilang. (Bergantung kepada berapa banyak boiler yang digunakan dalam sesebuah kilang)

 

Untuk mendapat taraf Boilerman, seseorang perlu pergi kursus untuk mengendalikan Boiler. Paling kurang kena dapat Gred 2 jika Stim Boiler. Dan nama anda wajib didaftar dengan JKKP kerana sijil itu tadi dikeluarkan oleh JKKP. Jika anda gagal atau ada kes Boiler meletup, bukan sahaja anda dipecat, tetapi sijil itu akan ditarik balik oleh JKKP.  (Jangan perasan le sijil itu anda yang punya… JKKP yang punya lesen)

 

Income sebagai Boilerman? Bergantung juga pada industri mana yang anda masuk… Paling kurang pun RM2300 dah ada dalam tangan..Kalau yang berpengalaman pun paling banyak RM5000. Nasihat saya, jika anda dah jadi Boilerman, bekerjalah dalam keadaan selamat dan pulang ke rumah dalam keadaan yang selamat.

 

OK.. Saya akan terus menulis tentang kerjaya bila ada masa lapang…