Cari sahaja di sini

Memuatkan ...
Home » , , , , , ,

Ulasan lirik lagu ‘Babak Cinta’ berserta dengan guitar chord


Selepas lagu Ainan Tasneem yang menjadi bahan kutukan saya pada post yang lepas, kali ini mari kita menghayati sebuah lagi lagu yang nak kata baru, tak de le baru sangat, tetapi liriknya menjadi perhatian saya untuk dijadikan bahan ulasan. Lagu babak cinta nyanyian Tengku Adil ini pernah menjadi tema sebuah drama tidak lama dahulu. Drama yang dimaksudkan ialah Bukan Bidadari yang telah habis tayangannya pada bulan September yang lalu.


Saya sertakan sekali dengan guitar chordnya bagi sesiapa yang mahir bermain gitar, (untuk Rythmm sahaja)

imageimage
Bb chord                                                            Gm chord


Intro
D
Verse
    
D                                                      Bm
Engkaulah cahaya dalam hidup yang penuh kegelapannya
Em                                                  Gm
Rasa kesakitan dalam dada menghilang pabila kau berada..
D                                                      Bm
Cintamu kepada aku tak pernah ku rasa sebegitu
Em                                                   Gm
Engkau meringankan hati ini, engkau menenangkan jiwa sepi

Chorus:-
D                                                       Bm
Aku ingin menjadi pembuka, hatimu yang sekian lamanya
Em                                    Gm
Terkunci kerna selalu terluka
D
Ku ingin menjadi penutupnya .

Verse 2:-
D                                                 Bm
Ku tahu kau disakiti, hatimu sedang kau melindungi
Em                                             Gm
Percayakan pada cinta ini, relakan ia berterbang tinggi ...

Chorus
D                                                     Bm
Aku ingin menjadi pembuka, hatimu yang sekian lamanya
Em                                         Gm
Terkunci kerna selalu terluka
D                                                    Bm
Ku ingin menjadi penutupnya, babak tentang pencarian cinta
Em                                     Gm
Aku untukmu sepanjang hayat

Bridge
Bm      D          G                 A
Aku juga merasa ketakutan mencinta
Bm D Em Bb C D Bb C A
Percayakan pada kita oohhh...

Chorus
D                                                       Bm
Aku ingin menjadi pembuka, hatimu yang sekian lamanya
Em                                   Gm
Terkunci kerna slalu terluka
D                                                   Bm
Ku ingin menjadi penutupnya, babak tentang pencarian cinta
Em                                       Gm
Aku untukmu sepanjang hayat
D                                                  Bm
Aku ingin menjadi pembuka, hatimu yang sekian lamanya
Em                                   Gm
Terkunci kerna selalu terluka

Outro
D A G Gm Bm A G Gm
Ooohhh... oohhh... Oohhh... oohhh

Saya dah cuba mainkan dalam beberapa kali guitar chord lagu Babak Cinta ini. 95% adalah chord yang asal.
Untuk lirik lagu pula, ulasan saya ialah lirik lagu ni biasa sahaja, tak ada apa pun yang istimewa pada lirik, cuma saya agak tertarik pada korus lagu ni…


Aku ingin menjadi pembuka, hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna selalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya .

Kalau ikut pada pemahaman secara umumnya, mula-mula katanya nak jadi pembuka, iaitu nak jadi pembuka hati kekasihnya yang tertutup kerana sering terluka oleh perangai pasangannya. Maksud terkunci di sini ialah hatinya telah tertutup kerana sering dilukai. Tapi yang saya agak kalut kat sini ialah bila ada rangkap ‘Ku Ingin menjadi penutupnya’…. Dah buka… nak tutup balik?
Tapi apabila difahami maksud tersiratnya, disebabkan hatinya yang telah tertutup, caranya ialah dengan cuba melembutkannya dengan kata-kata indah…maka hatinya akan terbuka menerima kekasih hatinya semula.

Dan pada korus yang terakhir pada lagu ini:-


Aku ingin menjadi pembuka, hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya, babak tentang pencarian cinta
Aku untukmu sepanjang hayat
Aku ingin menjadi pembuka, hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna selalu terluka

Rangkap “Babak tentang pencarian cinta’ telah menjelaskan lagi rangkap ‘Ku Ingin menjadi penutupnya’… Maksudnya di sini kekasih hatinya ni mahukan dirinya menjadi pasangan hidupnya untuk sepanjang hayat.

Apa pun, ini adalah pemahaman saya berkenaaan lirik lagu ni. Saya hanya bersetuju daripada 5 bintang, hanya 3 bintang sahaja untuk lirik lagu ni…

Google+