Cari sahaja di sini

Memuatkan ...

Google+

Home » , ,

Jalan-jalan di Bandung (Part 4)–Toko Tiga

546526_2676735375532_1413565108_n
Cerita saya ketika di Bandung tempoh hari tidak habis lagi dan rasanya saya akan menghabiskan cerita saya di Bandung ini dalam 2 atau 3 posting lagi. Untuk kali ini saya akan menulis ketika mengunjungi salah sebuah Factory Outlet ( ringkasnya FO) yang agak terkenal juga di Bandung, iaitu TOKO Tiga. Tetapi sebelum sampai ke TOKO Tiga ini, rombongan kami ada dibawa mengunjungi beberapa buah FO yang kebanyakannya adalah pakaian atau barangan yang berbentuk tekstil. Rombongan kami ada yang membeli apabila turun di FO tempat kami berhenti. Ada yang beli Tas Tangan, kasut, baju sebab harga di sini jauh lagi murah dan berpatutan jika hendak dibandingkan dengan di Malaysia.


Kami sampai di FO TOKO Tiga pada jam 5:30 petang dan cuaca di Bandung ketika itu hujan tak berhenti-henti. Sempat jugalah MR mengambil gambar dari dalam Van Pariwisata kendalian Pak Alan. Jalan di hadapan TOKO Tiga ini agak sibuk dan kami semua perlu tengok kiri dan kanan kerana jalan berhadapon TOKO Tiga ini adalah jalan 2 hala.


Sampai di pintu TOKO Tiga ini, macam biasalah. Ramai penjual-penjual cenderamata akan menunggu di depan pintu merayu-rayu anda untuk membeli barangan yang dijual. Terpulanglah kepada anda sendiri jika hendak beli, beli…. Tak nak beli, cakap sahaja tak nak beli dengan cara yang berhemah. Salah seorang yang mengikuti rombongan kami siap cakap “menyesal aku beli jed dekat Tangkuban Parahu… orang ni jual lagi murah!”.

TOKO Tiga ini adalah FO yang menjual produk-produk seluar jeans dan jaket-jaket berjenama. Hampir 80% barangan yang dijual di sini adalah yang tulen. Macam-macam jenama ada… Ada LEVIS, Lee Cooper, LEE, LumberJacks, tetapi yang banyak di sini adalah LEVIS. TOKO Tiga ini memang menjadi tumpuan bagi pelancong-pelancong dari Malaysia.Saya ada bertanya pada salah seorang rakyat Malaysia yang datang ke sini, katanya dia dah dekat 14 kali mengunjungi FO ini sejak kerap ke Bandung. Setiap kali datang, mesti beli 2 atau 3 helai seluar.

224804_2676735855544_2099855994_n
Dari segi harga, saya boleh katakan di sini ada yang murah, tetapi ada juga jeans yang harganya lebih kurang sahaja jika beli di Malaysia. Ada juga yang 50% lebih murah, bergantung kepada jenis, jenama dan kualitas (kualiti) kain yang digunakan. Sebagai contoh, saya ada membeli seluar Lumberjack dengan harganya Rp180000(RM66.00 lebih kurang). Jika di Malaysia bezanya adalah dalam RM30.


532400_2676735575537_1254141724_n6646_2676740935671_239048062_n
Antara fotoshot yang sempat diambil dalam TOKO Tiga… Hiasan dalaman!

74056_2676741975697_529414541_n
Saya bercadang jika berpeluang untuk ke Bandung, TOKO Tiga ini adalah pilihan saya untuk membeli jeans, sebab memang agak berpatutan dari segi harga. Selepas penat berjalan-jalan pergi di kebanyakan FO, saya sekeluarga berehat di hotel. Untuk posting akan datang, saya akan menulis berkenaan dengan Pasar Baru Bandung.